Mari kita berfikir lebih dalam lagi
Tidak mengapa walaupun berasa Tidak OK
Perjalanan untuk bermaju dari mengalah kepada menjadi lebih kuat bermulanya di sini.
Sebagai seorang remaja, kehidupan yang penuh dengan tuntutan dan desakan boleh membuatkan anda rasa risau, tertekan, dan sedih. Semua orang bergelut dengan kesejahteraan emosi dan tidak mengapa untuk merasa tidak OK sepanjang masa. Tambahan pula, tidak mengapa untuk merasakan semua jenis emosi dan ia amat penting untuk mengakui dan menerima perasaan kita.
Emosi positif sering diabaikan dalam perjalanan kesihatan mental kita. Skala Penilaian Emosi Positif (PERS) ialah soal selidik laporan diri yang baru dicipta untuk mengukur emosi positif seseorang yang bergelut dengan emosi mereka.
Maklumat dalam dokumen ini tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan. Apabila anda berasa diselubungi rasa sedih, sila hubungi kaunselor atau orang dewasa yang anda percaya boleh membantu anda memproses emosi anda.