Archive Page

Antara banyak isu yang dihadapi oleh orang muda masa kini, membuat keputusan bijak mengenai seks adalah yang paling kritikal. Budaya kita penuh dengan imej seks, mesej yang tidak sesuai dan nasihat yang merbahaya mengenai seks. Berbanding masa dahulu, remaja kini lebih memerlukan bimbingan untuk mengemudi melalui lautan mesej rencam yang mengelilingi mereka.

No Apologies® dibentuk oleh Focus on the Family®, sebuah pertubuhan antarabangsa bukan untung. No Apologies® merupakan suatu program yang berasaskan sahsiah yang menggalakkan penahanan diri sehingga perkahwinan. Matlamat utamanya ialah untuk menyampaikan bahawa menyimpan hubungan seks bagi perkahwinan adalah pilihan yang paling selamat, sihat dan bijak.

Penahanan diri adalah langkah pertama yang penting dalam usaha mendidik golongan remaja kita ke arah hubungan seks yang sihat. Ia bukan sekadar berkata tidak kepada seks pranikah. Matlamat kami adalah untuk membantu golongan muda mempelajari kecerdasan seksual. Kecerdasan seksual adalah keupayaan, yang memerlukan ilmu pengetahuan, bimbingan dan amalan, untuk berkomitmen kepada keputusan yang matang dan bijak demi kesejahteraan seksual jangka masa panjang dan kesihatan perhubungan seseorang. Ia termasuk mempunyai kesedaran diri dan kawalan diri, mempunyai keupayaan untuk menetapkan sempadan fizikal dan emosi peribadi, memahami jantina yang bertentangan dan impak seseorang terhadap yang lain, dan menyatakan seksualiti diri dengan cara yang sesuai dan sensitif dari segi budaya tanpa berkompromi pada standard peribadi atau nilai keluarga.

Sejak 1996, program penahanan diri Focus on the Family® telah dilaksanakan di hampir 70 buah negara dalam lebih daripada 35 bahasa, secara keseluruhan mencapai lebih daripada 3.8 juta pelajar dan merekodkan lebih daripada 84% perjanjian penahanan diri di seluruh dunia.

No Apologies® mengajar prinsip-prinsip berikut:

Oleh itu, samada anda menganjurkan No Apologies® sebagai ceramah 2-jam, bengkel 4-jam atau kem 2 hari, anda boleh dapati pembentangan yang dinamik, perbincangan interaktif dan contoh yang sesuai dengan usia peserta dalam program yang seronok dan infomatif ini. Bahan tambahan dan pembacaan latarbelakang telah diselitkan untuk memastikan bahawa anda dilengkapi sepenuhnya untuk menyampaikan program ini dengan yakin.